mrz doubeh
Wah! Raya haji kali ni memang best. Aq raya kat Kuching ngan family aq. Walaupun tak semeriah raya di Kedah tapi amat berharga buat aq. Sembahyang raya disini awal maa. Kena bangun awal pagi coz solat raya kul 8.00am. Oh! Kalo di semenanjung kitorang solat pukul 9.00am. Banyak perbezaan suasana di sini n sana. Orang disini memang murah dengan senyuman. So no wonder aq senang dapat kawan. Kawan yang betui-betui ikhlas! Emm.. Lepas habis sembahyang raya aq terus g umah kawan baba aq. Diorang buat tahlil. Lepas tu adalah sikit jamuan. Aq cubalah makan makanan Sarawak n aq lebih prefer makanan semenanjung. Lebih-lebih makanan jawa. Hee.. Lepas dah melantak kat umah PKN, kami terus balik umah. N aq makan lagi. Kali ni aq rasa puas hati dapat makan dengan selesanya. Makan kat umah sendiri lagi bagus dari makan kat umah orang. Kuah kacang yang aq buat memang menjilat jari. Thanx to my mum sebab ajar aq cara nak buat kuah kacang. Rupanya taklah susah sangat. Cuma perlukan kesabaran especially bila nak tumbuk kacang. Sepatutnya boleh je guna blender tapi entah camne blender umah aq rosak lak. Huhu. Aq yang ketagih nak makan kuah kacang memerah keringat menumbuk kacang menggunakan lesung batu. Lesung batu?...Oh! Tapi itulah realiti. Ngee…

Kekuatan aq terserlah dalam menumbuk kacang menggunakan lesung batu. Oh!..Sengalnya..huhu~