mrz doubeh
Aq sangat suka dengan puisi ni. Aq jumpa kat kapasitor. Sangat menarik. Aq memang layan puisi-puisi ni coz kadang-kadang benda yang disampaikan ada maksud tersirat. Oh!

HATImu


Ada sesuatu yang sering bermain dalam fikiranku
Namun aku cukup bingung untuk meluahkannya
Sekalipun buat tatapan hatiku ini
Apatah lagi tuk membisikkannya kepada sesiapa
Sesiapa pun...
Biarpun pada insan yang aku percayai
Biarpun pada insan yang tersangat aku sayangi
Biarpun pada insan yang teramat aku kasihi
Kerna jauh di dasar hatiku ini masih mencurigai
Perasaan ini datang bukan di sengaja
Ia menjengah setiap kali aku cuba tuk memPERCAYAi
Suatu perkara wajib yakni asas dalam membentuk suatu perhubungan
Tapak utama untuk mewujudkan keSETIAan
Dan merupakan titik utama menjalinkan kasih sayang berpanjangan
INSYA'ALLAH...
Namun andai aku silap mohon di perbetulkan
Sesungguhnya aku hamba yang lemah
Hanya mampu belajar melalui ilmu sebuah pengalaman
Inilah lemahnya jiwa seorang wanita
Keinginan untuk di sayangi sesungguhnya
Akankah di balas kasih yang tiada ragunya
Tapi INGAT...
Sekali jiwa yang lembut lagi rawan ini di dustai
Tiada lagi peluang mahupun ruang untuk di peroleh kembali
Biarpun sayang itu masih ada sisanya
Ia tiada lagi makna tanpa PERCAYA dan SETIA
Justeru ingatlah wahai ADAM seluruhnya
Memang hati HAWA seperti kerak nasi khabarnya
Namun ia mampu memejal hingga tiada lagi cara tuk di jinakkan kembali
Jagalah dan belailah andai dikau berpeluang memilikinya
Sesungguhnya HAWA adalah anugerah terindah
Di hadiahi Illahi buat sehebat hebat ciptaanNYA...ADAM