mrz doubeh
Keletihan! Kali ni kitorang kuar g perangin. Kitorang yang dimaksudkan = budak cute(me), Pingu(Dayah), Diana, Misha n Sha. Sekali lagi aq sorang gak budak geo n yang len budak medic. (^_*) …Kami masuk Pacific. Boleh tahan gak barang-barang kat situ. Penat maa berjalan dari satu kedai masuk kedai len-len. Semua tingkat n bangunan kami redah. Ada sorang minah ni susah giler nak cari kasut. Bape jam ntah kami ronda-ronda semata-mata nak cari kasut minah tu. Last-last kedai yang 1st skali kami masuk jadi pilihan minah ni. Haiya! Lepas tu kitorang cadang nak kuar g padang kota. Malang sekali coz hujan turun dengan lebatnya. Tak sempatlah kitorang nak g sana. Lepak-lepak jap sampai ujan berhenti barulah kitorang balik. Sampai kat rst kami g makan kat Nur Mutiara Tomyam dulu. Seyes! Sangat x sedap. Tomyam masam giler. Nasi tak panas. Air terlebih gula. Tak abis nasi yang kitorang makan. Ishk3. Apa-apa pun aq sangat letih n mau rest jap. Nak kena study lak lepas ni. Esok kelas kul 8.00am. Oh!
mrz doubeh
Sangat best n syok giler arini. Tadi kitorang pi pesta sungai nibong. Last day pesta tu. Kami g jalan kaki je dari sungai 2. Sampai je sana kitorang tak sabo-sabo nak maen. Aq, Dayah, Diana, Misha, Paan, Aifa n Habsah join d club. Semua budak medic physics except aq. Haha. Bukannya tak nak kuar ngan budak course aq, tapi budak-budak course aq semua nak kuar ngan bf masing-masing. So aq joinlah club single budak-budak ni! Ngee. Misha yang paling tak sabo-sabo nak maen. Aq yang fobia dengan ‘Challenger’ memang tak jejak kaki langsung kat area tu. Takut beb! So aq just maen ‘Top Gun’ je. Tu pun aq ngan misha dah pening-pening lalat. Dayah n Diana sekadar memerhati n tak maen langsung. Fobialah katakan! Hoho. Lepas dah naek ‘Top Gun’, Aifa n Paan nak naek ‘Vortex’ lak. Oh NO!!! Aq memang tak nak naek ‘Vortex’. Aq sekadar memerhati je. Tu pun pening. Orang lain yang naek tapi aq yang pening. Apakah! Then teman si Habsah naek ‘Sky Rider’. Berpinar-pinar otak aq tengok! ‘Lethal Weapon’ aq dah naek dulu ngan Lina, Awin n Wani. Lebam-lebam bahu. Fuh! Kali ni maen tangan lak luka. Memang sensitif betui tangan aq ni. Haiya! Dah abis maen kitorang makan-makan n sempat beli 2 beg potato chips g. Lalala. Pengumpul makanan tak berkhasiat tul aq ni! Kitorang balik naek taxi. Kena kapak maa! Sorang 5 ringgit. Kuren asam tul pakcik tu. Mula-mula kata RM12 ringgit pastu tukar RM20 ringgit. Aduih! Kitorang nak tak nak terpaksa gak naek taxi yang sengal tu. Kitorang tak balik bilik g coz nak sambut epi new year kat Khaleed. Sembang punya sembang tengok jam dah pukul 1 pagi. So kitorang berpecah n balik bilik masing-masing. Esok ada misi tersendiri. Nak g Perangin lak!

Epi2! (^_^)