mrz doubeh

Malam tadi kitorang lapar sangat. Ingat nak turun beli burger. Tapi ari minggu mamu burger tutup lak. So alang-alang dah bersiap kitorang g padang kawad jelah. Usha-usha apa yang ada kat sana. Sampai situ kitorang terus beli makanan n makan. Nyummy3. Asalnya nak berjalan isi perut. Tapi tetiba kaki aq, pingu, mashi n diana kaku kat situ. Dengar orang ‘melalak’. Best gak. Walaupun pitching lari, tapi sedap dengar. Maybe diorang pandai main drum n gitar. Aq memang suka tengok laki main gitar n drum. Giler macho beb! Lagu yang diorang nyanyi pun pelik. ‘Stokin Hijau’ n ‘Tersangkut dalam Almari’. Pelik tul tajuk lagu tu. Haha. Aq suka dengar suara kumpulan ‘Bluetooth’ dari student Indonesia. Memang suara giler mantap. Dah lama sangat kitorang bertapak kat situ, kitorang ambik keputusan nak balik bilik. Mengantuk r! NiteZ!


:sleep: