mrz doubeh

Lepas banjir ritu, family aq pindah rumah baru. Aq dah tak ingat alamat rumah aq. Bape banyak umah aq menetap. Masa Si Yip suruh tulis alamat umah, aq tak tau nak tulis apa. Alamat kampung tak ingat lak. Takkan nak tulis Alor Mengkudu je? No umah bape? Jalan apa? Poskod bape? So aq tulis alamat desasiswa aq je. Ngee. Pindah randah memang dah jadi trend family aq. Anak jati kedah tapi tak menetap kat kedah? Musykil aq! Paling lama aq menetap kat kedah 8 bulan je. Masa tu aq darjah 6. Sedeh woo kena belajar sorang-sorang. Parentz aq kat Penang. Sibuk urus pasal barang-barang, umah n sekolah anak-anak. Susah gak bila dah kawin ye. Banyak betui kena pikir. Dah besar baru aq tau susah jadi parents. Aq n adik beradik aq stay kat kedah. Kira berpisah dengan parentslah jap. Tiap-tiap minggu kitorang ulang alik dari kedah ke penang sebab nak balik umah sendiri. Atuk n nenek dah takda. Tak sempat aq nak bermanja-manja ngan diorang. Heee. So aq stay ngan sedara. Bukan aq tak selesa tinggal ngan mak n bapa sedara aq, cuma aq… Err…Entah aq sendiri tak tau nak explain. Bila dah abis belajar, barulah aq stay kat penang. Sangat epi giler masa tu.

Cite pasal sekolah lak! Kat penang dah dua kali aq tukar sekolah. Bukan sebab aq jahat tapi aq sangat ‘baik hati’. Aq je tau maksud tersirat. Oh! Masa aq form 1, aq belajar tak sampai 2 or 3 minggu je kat Dato Onn. Pastu aq minta tukar sekolah. Maybe aq tak selesa. Emm…Baba aq marah-marah tapi last skali mengalah gak ngan aq. Aq menangis simpati depan dia so mestilah baba aq cair. Hee. Akhirnya aq berjaya tukar sekolah. Yahuuu! Walaupun main gate pintu sekolah Dato Onn bertentangan ngan umah aq tapi aq tak nak sekolah kat situ. Kononnya budak-budak situ hebat padahal hampeh. So aq pilih my luvly skul~ cOnVeNt. Hehe. Walaupun sekolah kami masa belajar melebihi masa belajar sekolah lain, aq tak kisah. Asal aq rasa freedom. Masa aq masuk sekolah ni aq heran napa kelas aq just 4 orang saje melayu termasuk aq? Kalo kat jb ramai je melayu kat convent. Maybe penang banyak orang cina kot. Nak belajarnye pasal aq tak kisah. Join je. Belajar ngan macam-macam kaum sangat best! Ada yang kerek, ada yang gedik, ada yang baik, ada yang gile n macam-macam. Siap ada group cantik n tak cantik g. Kelakar beb! Tyme rehat paling best. Kitorang suka makan benda merapu. Keropok, coklat, aiskrim n kek. Makanan fav aq! Gerai Uncle Tan tu yang paling best. Aq suka beli kuih n kek span kat dia. Buy 1 free 1. Aq sorang je dapat tawaran camtu. My fav uncle maa! I lap U! Jimat duit sepuluh hinggit yang mama bagi kat aq. Simpan beli top up. Masa tu top up sangat diperlukan. Hehe. Kat gerai auntie Suzy aq suka beli epal. Dah beli makanan, geng-geng kitorang buat bulatan n makan ramai-ramai. Boleh je kalo nak duduk kat meja n kerusi. Banyak je kosong. Tapi lantai gak jadi pilihan kitorang. Bukannya apa takut nanti susah nak gosip n cilok makanan member. Heee.

Belajar pun ada tyme tak best gak. Tyme paling tak best waktu belajar pendidikan seni(ps)n pendidikan jasmani(pj). Aq paling tak suka seni. Jasmani pun sama. Aq ingat g waktu nak pj je mesti aq bagi alasan baju tertinggal n buat-buat penin pala. Form 4 n form 5 pun kena belajar pj ke? Malas siot nak kena tukar baju. Nanti kedut uniform aq. Ingat senang ke nak iron lentik uniform? Huhu. Dahlah kasut sekolah aq kapur putih melepak. Pastu nak kena pijak tanah? Kotor r! Aish! Tapi bila test pj nak tak nak aq kena bawa gak baju senam aq tu. Segan siot nak pakai baju tu. Hijau terang giler. Lumba lari paling aq tak suka. Semput maa! Tapi aq sangat suka lompat tinggi. Walaupun aq asma tapi aq sangat terror lompat tinggi. Bangga aq!

Les? ?? Dulu ada satu fenomena yang aq tak dapat lupakan. Giler siot. Kalo skolah pompuan so apa g kalo bukan kes pompuan suka sama pompuan. Kalo masuk kelas mesti ada coklat bawah meja aq. Takpun hadiah. Siap selit surat wangi g. Tulisan punyalah cantik. Kononnya admire ngan aq lah. Eeiuuw geli aq! Kalo laki bagi takpe gak. Ini girl? Aq pernah kena tahan ngan si ‘sia’. Aq sorang-sorang masa tu. Tyme tu aq ada kelas tambahan. So balik petang. Aq turun nak g surau ntah camne si ‘dia’ muncul depan aq. Cuak siot. Dah lah rambut pendek cam laki. Jalan pun ala-ala macho lah. Tapi aq cam biasa berlagak cool giler. Dia tegur n aq just senyum n blah dari situ. Haha. Blahlah! Ingat aq tergoda ke? Aish! Silap orang lah coz anda tak bermisai. Oops!

Tyme nak balik paling aq nanti-nantikan. Belum kul 2.15ptg, member-member aq dah galas beg. Tunggu bila loceng nak bunyi. Aq lak still relax berlagak cool je. Malas nak rebut turun tangga ngan diorang. Last-last aq kena tinggal ngan bas. Padan muka aq! Tambang bas sekolah pun membazir je bagi kat uncle tu. Bukannya aq lambat benor nak naek bus tapi uncle bus tu yang kejam. Lewat 5 minit dia terus tinggal. Patut ke? Aish! So aq naik bus UTC je. Pakcik UTC pun dah kenal aq. Thanx kat kawan aq coz ajar cara nak pilih bus mana nak balik umah. Buat kali pertama aq belajar cara nak naik bus tambang. Sangat seronok masuk duit syiling kat tempat letak duet tu. Rindu lak aq ngan pakcik UTC. Huhu. Kapan bertemu lagi. Malam lak aq kena g tuisyen. Letih betui masa tu. Tapi dah baba aq setia anta n ambik anak dara kesayangan dia ni so aq tak kisah.

:minimo_01:

Dah abis spm, aq jadi guru tuisyen sementara kat umah. Aq mengajar kawan-kawan adik aq. Bape banyak kawanlah adik aq usung masuk umah. Aish! Menarik gak mengajar budak-budak sekarang. Cepat belajar. Ada talent gak aq nak jadi cikgu yer. Haha. Then aq dapat tawaran masuk matrix Perlis. Aq masuk matrix tak rasa sangat suasana hidup kampus. Kira first tyme aq masuk asrama. Kelakar lak aq ingat masa tu. Cuak nak kena beli barang-barang. Macam nak stay sana bape tahun je. Paling aq nanti-nantikan hujung minggu lah. Lepas abis kelas ari jumaat aq n member aq nak cabut balik dah. Kitorang balik dari perlis ke penang naik train. Best woo! Ni pun 1st tyme aq naik train. Ishk3.

Then dah abis matrix aq dapat tawaran masuk usm. Masuk usm ni tak se’best’ masa aq sekolah menengah. Aq pun tak tau nape. Emm tak payah citelah. Dah abis grad aq citelah kat blog ni. Tak abis g belajar. Dah abis belajar baru leh buat conclusion samada best or tak. Oh! Aq pun tak sabar nak tulis karakter setiap budak coursemate aq. Siap lah anda semua! Tapi tunggu lepas aq grad coz nanti tak payahlah aq nampak muka korang g. Ngeh3.

:minimo_19:

Bape ari lepas ada pilihan raya kat U aq. Mula-mula aq tak tau pun sape tercalon sebab pilihan raya kali ni cam kelam kabut je. Tup tup dah kena undi calon. So aq tunai jelah tanggunjawab aq tu. Handset aq yang tak pernah berbunyi asyik berbunyi je. “ Undilah calon aspirasi!” Haiya! Yang peliknya nape anta kat no aq? Nape tak no pingu? Kot iye pun random nak pilih no mana nak anta, tak payahlah send sampai 3 kali kat aq. Perabih kredit anda je. Tapi takpelah kredit anda n bukan kredit saya. Hehe.

Tadi lepas zohor g bilik lina. Buat fyp sambil cilok lg cite kat dia. Dah penuh local D aq ngan game show plus cite korea n jepun. Suju n Arashi. Sangat best! Thanx lina. Haha. Ingat lepas tu nak kuar ngan si pingu g tesco kononnya nak beli uno yang susun tingkat2 tu. Aq pun tak tau apa benda nama tu. Tapi memandangkan tesco terletak ‘beribu-ribu’ kaki, kami pendam jelah hasrat kami tu. Huhu. Nasi kerabu n kepak ayam bermadu pun terpaksa dilupakan. Oh! Untuk rakan searas aq, Shakila selamat berpindah ke rumah baru. Kami amat merindui anda! Eh yeke rindu? Hehe. Shaq, gurau-gurau je ek! O-log1 k? Untuk kak long n dobot, sabar2lah. Tak lama g kuar lah tu jpa. Jangan nak bom bendahari usm lak. Heeee!

ps: Tak sangka Saujana ada D’Sukres so kalo malam-malam lapar leh lah beli makanan kat situ. Thanx dayah for dat ‘foodZzzz’! Nyummy3~