mrz doubeh

Penatnya. Baru balik dari padang kawad. Cerap bintanglah! Huhu. Tergeliat leher aq tengok langit. Tak nampak sangat pun bintang. Macam-macam nama bintang aq dengar. Apa punya nama ntah! Jenuh aq nak hafal. Dr Chong tetiba nak buat kuiz. Apakah! Aq pun baru nak belajar benda alah tu. Terkial-kial aq, wani, sila n kak xiema hafal bintang. Tak ramai pun yang datang. Budak cina ramailah gak. Budak melayu? Boleh kira guna jari je. Maybe diorang sambut raya cina kot. Huhu. Jelesnya aq! Cepat giler diorang balik. Arghhhh!!! Serius sangat jeles! Aras aq tinggal aq n murni je. Menghitung detik jam bila nak berambus kuar dari usm. Kakak cepatlah ambik daku kuar dari sini. Sengsara dok sorang-sorang. Lina sampai ati kamu balik awal! Pingu kamu pun sama! Saya benci kamu! Sob3…

:cry:

Petang tadi aq g bilik sila dulu. Dalam kul 6 kot. Kononnya nak makan pizza domino tapi bila call asyik engaged je. So kitorang tukar pizza hut lak. Engaged g. Aish! Last sekali aq n wani buat keputusan g beli sendiri pizza. Tapi…Ada problem lak! Takkan nak jalan kaki? Oh tidak! Kami call kawan sila,kawan aq si emah, paan n macam-macam oranglah. Semua dah balik umah. Last sekali kak xiema jadi mangsa. Nasib kak xiema tak balik g. Dia balik kul 12 malam ni. So pinjamlah scooter comel dia. Macam biasa aq yang memang tak reti bawa motor just jadi pembonceng yang setia. Wani jadi driver aq. Haha. Kelakar gak! Almaklumlah kaki aq panjang so bila naik scooter aq rasa cam katak lak. Kah3. Sampai kat pizza hut aq n wani pesanlah apa benda yang kitorang nak makan. Bila tyme nak ambik pizza, orang tu minta resit. Aq dengan penuh keyakinan(memang muka confident masa tu), terus keluarkan resit. Tetiba abang tu senyum. Pastu cakap yang dia nak resit pizza. Aq pun heranlah coz aq dah bagi resit kat dia. So aq ambiklah resit tu. Bila aq tengok balik rupa-rupanya tu resit bank aq. Malu siot! Aq senyum jelah. Wani gelak je keje dia. Aish! Hilanglah kemachoan aq. Then aq coverlah balik. Maintain je. Dalam hati rasa cam nak tutup muka ngan baldi je. Huhu. Apsal lah aq leh salah bagi resit ni? Oh!

:minimo_32:

Dah sampai ik aq, wani n sila memulakan operasi ‘mengemukkan diri’. 2 large pizza n pasta kami bedal. Aq cam biasalah just mampu makan 2 keping je. Wani paling hebat coz dia sangat berselera betul. Hehe.

Malam ni aq just mampu tengok laptop sambil cari assignment meteor n fyp. Kalo boleh nak siapkan awal-awal so takdalah aq kalut dengan assignment bi yang makin lama makin kuren menyenangkan aq nak buat. Oh!

Ps: Saya nak balik! Tak sabarnya tunggu esok ari! Oh!

:minimo_14:




mrz doubeh
Semua dah balik umah,
Semua sangat seronok,
Semua hepi,
Semua suka ati...

Aq lak?
Huhu...
Tunggu masa orang datang ambik aq,
Rmate aq dah balik,
Aq tak balik-balik g...

Arghhh!!!...saya mahu balik!

:minimo_34:
mrz doubeh

Bilalah aq boleh beli gitar sendiri ni? Tak sabar aq nak petik tali gitar. Tapi kalo nak beli gitar aq kena simpan duit dululah camni. Huhu. Si Dobot ada survey harga gitar. Mahal siot! Paling murah pun 90 hinggit lebih. Lebih kurang seratus lah. Tu memang betui-betui paling murahlah setakat kitorang survey. Aish! Entahlah tapi aq sangat suka ngan gitar. Nak beli bukan untuk apa pun. Saje je nak maen tyme-tyme borink. Tapi tengoklah dulu samada impian aq nak beli gitar tercapai or tak. Huhu.

:pompom:

Apsal tetiba aq mention pasal gitar ni? Aq pun tak tau. Maybe terpengaruh ngan si dobot. Masa aq kat matrik aq pernah dengar satu geng budak pompuan ni maen gitar. Pastu nyanyi ramai-ramai. Sangat best! Aq teringin gak nak maen gitar n nyanyi lagu ciptaan sendiri. Tapi…emmm~

:minimo_18:

Kalolah aq ada gitar aq nak je nyanyi kuat-kuat. Tak pun hentam je lagu apa aq nak cipta. Bagi pingu tension skit. Dia selalu kutuk aq kalo aq nyanyi dalam bilik. Aq rasa aq tak da lah nyanyi sangat dalam bilik. Eh yeke? :P Aq tau dia jeles ngan ‘kemerduan’ suara aq ni. Almaklumlah si pingu x pandai nyanyi. Suara dia sumbang. Lagu ‘Katak Oh Katak’ dia retilah! Lalala. Nanti kalo aq ‘berjaya’ beli gitar, bolehlah aq tunjuk bakat terpendam kat kawan-kawan aq. Bukan aq tak reti maen cuma malas nak berlagak je. Kui3. Tapi aq peduli apa coz suara aq memang ‘sedap’. Ngee. Perasan tul aq ni!

:minimo_16:

Kan best kalo ada orang nyanyi lagu belaian jiwa khas untuk aq sambil petik gitar. Confirm jatuh cintan! Haha.

:minimo_28: