mrz doubeh

Kepenatan yang amat sangat. Petang tadi geng-geng dak medic+aq teringin nak main rounders. Misha as a captain paling semangat bagi tau peraturan nak maen. Belum start game g tetiba bola masuk lubang. Lubang tu sangat dalam. Takda sape berani nak ambik. Ezan pun tak leh nak masuk dalam lubang tu gak. Risaulah kot2 jumpa benda yang tak sepatutnya jumpa. Captain kami cuba nak selesaikan masalah tu. Jeng3. Guna bola tenis! Ok pe? Good idea! Haha. Kami bentuk 2 team. Tak cukup player sebenarnya. Group pertama misha(captain), Diana, Paan n Pingu. Group kedua lak adalah geng budak-budak cun. Dianggotai oleh Aifa (sangat hebat pukulan dia), Ezan (tukang ambik bola dalam lubang coz dia paling kecik), Mashi maro n Aq. Aq sebenarnya tak tau nak maen benda alah game ni. N bukan nak cakap tapi aq tak nah dengar pun game rounders ni nah wujud. Kalo baseball aq tau lh gak. Selalu aq main masak-masak guna daun as money, anak patung, monopoly n bla2. Rounders? Emm..1st time!

Masa main tu setiap orang kena pukul bola. Bila turn aq je terus hampeh(pingu pun sama). Pukul tak kena bola. Kali ketiga baru lepas. Apakah! Lepas dapat pukul bola aq kena lari. Belum sampai point ke3 aq dah mati coz diorang dah sambut bola. Aish! Sabo jelah. Pukulan aq agak lemah maybe aq n pingu puasa kot. Puasa-puasa pun maen game lasak. Hebat tak kami? Lalala…

Aq sangat teruja ngan game tu. Rasa cam nak maen g. Memandangkan masa dah nak magrib n kitorang nak g cari makanan berbuka, so terpaksa hentikan game tu. Ah! Epi2~

mrz doubeh

Setiap orang ada namanya yang tersendiri. Tapi korang tau ke maksud nama korang? Aq ada buat survey kat kekawan aq dulu. Ada yang tau maksud nama sendiri, ada yang tau maksud nama depan/tengah/belakang/tepi diorang je n ada yang langsung tak tau maksud nama sendiri.

Tengah buat fyp tadi tetiba aq rasa sangat letih n tension. So aq explore lah kat tenet n taip nama aq. Kui3. Macam-macam benda aq jumpa. Search kat satu laman web. Tentang maksud nama orang. Macam-macam nama aq taip kat web tu. Budak kelas aq pun jadi mangsa aq. Bukannya apa, just nak tau maksud saja. Tak salahkan? Haha. Tapi tak semua maksud nama diorang aq jumpa. Emm…Tangan yang comel ni terus taip kat keyboard nama aq yang sangat glamour seantero dunia tu. Jeng3! Nak tergelak pun ada. Maksud nama aq adalah lemah lembut. Lemah lembut? Err…Lemah lembut ke aq ni? Cam tak je! Oh! Layan jelah…

Mengikut kata arwah tok wan aq, maksud nama aq 'petunjuk kecil'. Mama aq pun cakap benda yang sama. Betui or tak wapuchitau! Nama glamour aq ni arwah tok wan aq yang bagi. Nama arwah moyang aq dulu start ngan Wan tapi nape tok wan aq tak Wan gak ek? Confius gak coz selalu nama ni cam penyakit keturunan gak. Diwarisi turun temurun. Tapi aq layan je. Asal nama glamour aq terus kekal cool. Haha~

Zaman sekarang orang dah tak panggil pun nama yang da makna tu. Lebih suka panggil nama lebih ‘glamour’. Nama bukan main best tapi nickname gak yang diorang suka panggil. Ada maksud ke nama gitu? Aq pun tak terkecuali gak. Suka benor panggil nama orang pelik2. Apakah!

Nama aq pun orang panggil len2. Yang selalu aq dengar yda (kekawan pnggil),ida (cikgu n dak2 tuisyen), kakda(sis panggil), wahida(dah selalu sangat orang panggil), n dawai (geng bus sekolah aq dulu). Sekarang nama yang diorang panggil kat usm setakat ni still maintain macho except Si Hark yang memanggil aq DON! Aish!

Maksud nama korang apa lak? Hehe…

Ps: Nak sangat tau maksud nama Si Pingu. Oh!