mrz doubeh

Kelas arini memang sangat penat n meletihkan. Berjalan dari pusat bahasa ke G03 then ke skul fizik. Fuh! Berpeluh-peluh. Sok lak da test. Kena study g. N sok gak aq nak anta draf analisis yang aq buat tu kat dr nordin. Lina dah anta tadi. Aq je lum. Tak sempatlah. Sorilah lina coz tak sempat nak ajar kontur tu. Insyaallah lusa kte buatlah sama-sama.

Waktu aq sampai kat skul pagi tadi, budak2 girl ni tanya aq sal interview. Apa tips interview? Ketaq tak? Apa yang dia tanya? Soklan susah tak? Ada isu semasa? Ada kena mengena ngan kita blaja x? Wah2 cam kaunter pertanyaan lak aq ni. Aq pun lupa lak nak cite dalam blog aq sal interview tu. Ishk3. So kat sini nanti aq gtau lah serba sikit sal interview tu.

Aq sebenarnya kurang berminat skit ngan syarikat minyak ni. Mula-mula aq tak nak g coz aq ingat masa aq isi boring dulu tu sekadar maen2 je. Tak sangka kena panggil awal giler g interview. 3hb patutnya kena interview tapi aq minta postpone ke 5hb. Nilah interview yang pertama ngan oil company. Aq sekadar nak tau camne ‘feeling+bentuk soklan’ bila kena interview. Alhamdulilah xdalah nervous pun coz orang yg interview kami sangat friendly. Hehe. Thanx Mr Robert!

Interview kali ni tak macam interview yang selalu kte tengok kat tv or yang pernah kte try buat waktu belajar bi tu. Tak da langsung soklan yang tanya introduce urself, what is ur strengths n skills, why u like to join our company,n bla2. Langkah masuk kat bilik tu, Mr Robert tengok resume then pandang muka aq. Senyum! Nak tau soklan pe dia tanya?

Soklan pertama dia tanya adalah…jeng3. What is seismic? Ishk3. Terkejut gak aq masa tu. B4 ni dah practice cara nak introduce diri sendiri. Masuk-masuk bilik soklan seismic yang dia tanya? Apakah! Aq pun jawab jelah. Slang Aust dia memang sukar nak tangkap. Nasib aq paham pe benda yang dia tanya. Cuak gak kot-kot dia tanya benda len n aq jawab benda len. Dah abis tanya sal seismic, velocity n bla2 yang berkaitan ngan subjek yang aq ambik, tetiba dia bagi kertas kosong. Eh? Nak buat pe? Dia lukis kat kertas tu n minta aq explain apa yang faham ngan graf tu. Apakah! Aq rasa cam aq ambik exam lak. Then dia lak suruh aq lukis. Buat budak-budak yang berminat nak keje ngan oil company ni, aq suggest korang tau semua software yang kte belajar kat U ni. First Pix or Surfer 8 pun jadilah. Sangat-sangat penting. Manalah tau tetiba dia bagi laptop kat depan mata n suruh kte interpret data. Tak ke susah nanti? Kan? Kan? Nasib dia bagi kertas kat kami kalo bagi software? Surfer 8 je aq tau buat, First Pix skit2 jelah. Haha. Pastu dia tanya skit sal isu-isu n langkah yang patut kita ambik if something happens kat company tu. Aq pun bedal je apa yang aq leh jawab. Soklan last dia tanya kita da apa2 soklan tak? Aq pun tanya 2 soklan kat dia. N sesi temuduga berakhir.

Patutlah just aq n Are je g interview ritu. Kalo ambik banyak orang serentak ntah sampai pukul bape nak abis. Sorang sejam. Soklan giler ‘power’. Dah abis interview aq tarik nafas lega giler. Dapat or tak tu len cite. Aq tak kisah pun. Sekurang-kurangnya aq ada pengalaman untuk dikongsi ngan kekawan especially yang lum nah g interview. Heee~