mrz doubeh

Kelakar, pelik, panas, sejuk, medium2 n apalah. Aq tak nak cakap lebih-lebih tapi sekadar nak bercerita je. Pasal kawan-kawan aq yang meningkat dewasa. Boleh jadi isteri dah pun. Haha. Macam-macam perangai aq dengar n lihat. Sekejap baik n sekejap gaduh. Mula-mula kawan, bertepuk tampar, sembang, gelak, ketawa n last2 berakhir ngan marah2, sound via sms@ym@apa2lah n macam-macam except bertumbuk. Kami bukan lelaki untuk bertumbuk! Haha. Diorang dah matang n boleh berpikir dengan waras. So tak payah risau sebab aq yakin mereka tau apa yang mereka buat.

Kawan! Tahu ke maksud kawan? Dah letih aq cakap sal kawan. Ada je yang bagi nasihat kat aq suruh ati-ati pilih kawan. Thanx n aq hargai. Nasihat tu pun aq tujukan untuk kawan-kawan aq yang len. Sepanjang aq kawan kat ‘university suka mahasiswa’ ni, aq tau mana satu kawan n mana satu lawan. Susah nak tentukan. Kena perlukan banyak masa untuk mengenali seseorang yang dinamakan kawan. Macam-macam kawan aq jumpa. Perangai pun len2. Ada yang cool tapi tak pandai kawal emosi (aq emo gak tapi x kritikal..heee), ada yang muka baik tapi susah mengaku kesalahan sendiri(aq pun skit-skit camni..huah ha3), ada yang banyak cakap dan mungkin ayat-ayat tajam tu tak dapat diterima kawan-kawan seangkatan(aq laser gak..oh!), ada yang jenis percaya cakap kawan2 coz mereka satu geng(aq ke?..err..), ada lak senang percaya dengan cakap orang len tanpa usul periksa n ada pula yang jenis talam dua muka(sape ek?..jeng3)! Apa2 pun semua orang berhak pertahankan diri sendiri. Diri sendiri yang tau sape benar n sape salah. Aq tak komen banyak2 coz manalah tau tetiba jadi kat aq sendiri. Oh! Minta simpanglah. Huhu~

Bagi aq, semua tu cam budak-budak. Tapi maybe bagi mereka benda tu besar coz happen kat diorang sendiri. So aq yang takda pengalaman “gaduh-gaduh manja” camtu just dengar n lihat. Maybe ada skit kot pengalaman camni waktu aq 1st year. Waktu budak mentah g. Errr…Lupakan! Pengalaman camni sebenarnya bagus gak coz lepas grad nanti semua orang leh ingat kenangan pahit n manis sepanjang belajar di USM. Boleh gak cite kat anak cucu. Ting tong!

Pasal budak laki lak. Susah nak dengar cite sal budak laki kan? Aq pun dengar dari member2 je semalam. Ehem.. Tak salah nak tegur cara permakaian budak perempuan. Tapi biar kena cara n tempat. Perempuan ada maruah gak. Yang peliknya, salah ke kalo girl tu bergaya tapi still menutup aurat. Tudung labuh,pakai handsock,pakai stoking cuma tak pakai purdah je. Pakaian memang langsung tak ketat. Tapi kena sound? Apakah! Sorang mamat ni sound sebab girl tersebut “bergaya”. Pelik tak? Manusia zaman sekarang memang pelik. Aq heran betul. Tak sangka orang yang kononnya aq anggap agak ‘islamic’ skit bersikap sedemikian. Tapi tak mengapa mungkin dari sudut pandangan dia perempuan tersebut kelihatan “seksi” bila bergaya WALAUPUN tidak terdedah langsung auratnya. Aq pun tak leh nak kata pe2 coz aq sendiri tak alim cuma agak terkejut skit dengan apa yang aq dengar dari kekawan aq semalam. Emm..Benda ni tak berkaitan ngan aq tapi wanita tersebut adalah kawan aq. Sebab tu aq n budak2 seangkatan takleh terima benda tu. Emmm..think positive! Maybe mamat ni suka girl tersebut! (rmate aq lah yang cakpa..haha.Ting Tong!)

Satu g cite yang ntah apa2! Benda ni dah berlaku lama. Tak silap time cuti orang nak buat LI n KSCP. Kat CG. Aq lak xda masa tu. Huhu. Terbang “over d sea”. Kui3. Emm..sorang mamat ni sound via sms sorang girl ni sebab tak balik tido kat bilik. ALASANNYA sebab girl ni tinggalkan partner(rmate) yang merupakan GF mamat tersebut sorang-sorang kat bilik. Apakah! Sebab tu pun nak anta mesej marah2 ke? Pelik2. Girl ni tak sengaja. Dia tertido tyme study kat surau. Bukan x nak balik bilik langsung. Boleh je kalo GF dia tu stay skali ngan kekawan dia yang len. Banyak je aq tengok kawan2 GF dia tu. Tu pun nak mengadu kat BF yang tido sorang2 kat bilik? Apakah! Aq tido sorang tak bising pun. Emmm…think positive! Maybe GF tersebut takut. Takutlah sangat! Ishk3…

Makin aq meningkat dewasa ni macam-macam cite aq dengar. Lepas ni apa pula ek? Maybe pasal aq lak kan? Haha. Teringin gak nak jadi ‘heroin’ dalam blog aq. Baru best!

Apa2 pun minta maaf kalo ada yang terasa ngan statement aq ni. Aq pun tak sempurna mana pun. Peace!

:flower:

Ps: Congratz tuk AZLINAn UDIN! Nilah kawan2 aq yang bakal menamatkan zaman bujangnya x lama lg lepas grad! Tahniah sekali lagi!