mrz doubeh

Tepat kul 8.15 pagi aq dah terpacak kat DUP C. Ingatkan aqlah yang terawal sampai rupanya ramai g yang datang lebih awal dari aq. Semua pakai baju kemeja, baju kurung n blouse. Aq pakai pe? Tshirt n jeans? Giler brutal aq ni! Bongek tul! Mana aq tau! LayanZ.

Ting tong! Ari ni da test PTD. Sangat sengal aq rasa soklan tu. Ada 5 bahagian aq kena jawab dari kul 9.00 pagi hingga 4.05 petang. Aduiyai! Soklan punyalah ….

Seksyen A ada 60 soalan n kena jawab dalam masa 45 minit. Semua tentang sejarah,politik,sastera, n sukan 2008 n 2009. Sukan komanwel akan datang buat katne? Suruhanjaya Merdeka? Suruhanjaya Malaysia? Suruhanjaya Reid? Suruhanjaya Cobbold? Mana aq nak ingat sejarah form 5 tu. Apakah! Sukan piala terbuka tennis buat kat ne 2012? Err…hentam keromo je aq bedal tadi.

Rest 15 minit pastu terus ke Seksyen D. Alhamdulilah coz ianya essei bm. Ada 3 soklan n pilih 1. Jawab dalam tempoh 1jam (300-500perkataan). Aq mengarang sama cam aq karang dalam blog. Bedal sajalah labu!

Rest sekali lagi. Stesyen E lak. Esei bi lak. Ada 3 soklan n jawab 1. Aq pilih pasal security cameras. Cam biasa aq karanglah apa yang aq nak karang.

Lunch! G tumpang bilik wani. Sembang-sembang jap sambil tengok wani maen game. Aq tak reti maen game so dok diam n makan. Ekeke…

Pukul 2 terpacak kat DUP g. Sekali g ingat aq yang sampai dulu rupanya ramai dah sampai. Bagus2! Nilah contoh bakal pekerja kerajaan yang dedikasi! Oh! Seksyen B pasal pengiraan n IQ test. Seksyen nilah paling senang. Tapi aq tak sempat jawab semua. Sebab pe? Banyak soklan n kena jawab dalam masa yang singkat. Soklan punya panjang rupa-rupanya suruh kira ciput je. Penat aq baca. Membazir masa. Huhu. Penat mengira sambil conteng-conteng kat soklan exam tu. Kalkulator TAK LEH GUNA! Apakah! So aq terkial-kial nak kira. Tengah dok mengira aq terlupa sifir 7. Jenuh aq nak ulang 1 kali 7=7, 2 kali 7=14, 3 kali 7=21, n bla2….Sengal aq ni! Aish!

Last Stesyen C. BM n BI. Comprehension. Kena baca g text. Oh! Aq mana reti peribahasa. Apa benda ntah air bergolak ayunan ???Pastu kambing menanduk bukit? Tak ingat peribahasa tu. Lupakan! Bahagian bi nye leh consider g. Bm yang susah. Huhu.

4.05 petang. Cabut lari! Oh lega! Fuh!