mrz doubeh
Alhamdulilah….


Bersyukur sangat. Dah lama aq tak mengarang berjela-jela dalam blog aq ni. Aq tak cukup masa nak mengupdate blog macam kawan-kawan lain yang sangat aktif ngan blog masing-masing. Kali ni aq nak buat esei dalam blog. Cukup 350 patah perkataan or tak, aq sendiri tak tau.


Aq selalu teringat studentZ aq kat sana. Rindu sangat nak mengajar diorang. Yang buat aq terharu diorang leh cakap “Cikgu jangan pergi. Kami nak cikgu yda ajar!”. Fuh best giler dengar diorang cakap camtu! Maafkan cikgu coz cikgu ada urusan lebih penting kat jb. Chewah!…(yeke?..heee).


Pusat Tuisyen Piramid. Tulah tempat aq mengajar budak-budak ni. Aq mengajar budak Standard 5, form 1, 3, 4 and 5. Banyak pengalaman aq perolehi sepanjang mengajar kat sana. Kesabaran yang paling penting! Tetiba aq teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar aq. Thanx banyak-banyak kerana kini baru aq tahu pengorbanan seorang cikgu kepada murid2nya sangat bernilai. I love u teacherZ. (dituju khas untuk teacherZ kat SIGS jb, SKA Baru n Tmn Pelangi jb, SK Sultanah Asma kdah, SMK Convent Butterworth).


Standard 5? Mursyid, Haikal, Anis, Wani, Firas, and Amin antara budak2 paling nakal dalam kelas n paling aq sayang. Rindu ngan kamu semua. Huhu (tetiba seyes lak..aduiyai). Aq memang lemah skit ngan budak-budak. Aq pernah rotan mursyid n pengalaman aq pukul kat tangan dia buat aq fobia siot. Aq risau coz aq tau tangan dia sakit. Tapi dia cakap “ Biasalah cikgu, ayah saya pukul 20 kali tapi x sakit pun.” Tersentap gak aq masa tu. Biar betul? Pukul 20 kali tak sakit? Kalo aq kena tampar pun sakit ni pukul. Huhu. Rasa bersalah sangat. Cikgu minta maaf yer mursyid. Lepas tu aq terus tak pukul n if nak pukul aq panggil wani pukulkan. Thanx wani, anda sememangnya ‘tegas’. Hehe….


Form 1 tak banyak studentZ sangat. Lagipun pusat tuisyen just hadkan satu kelas tak lebih 10 orang untuk fokuslah kononnya. Tapi ada je kelas yang lebih 2 or 3 orang studentZ. Wei Di, Zhin Jer, Dhayalan, Ganesh, Shiau Siew, Goh Shueh and Izzul. Aq ngajar subject bi, math n sains untuk kelas ni. Susah gak coz budak2 cina ni tak paham malay n English. Paham sikit2 je coz diorang dari sekolah cina. Masuk kelas lewat tu dah jadi tabiat diorang. Tapi diorang sangat rajin n focus dalam kelas. Sayang semua!


Form 3 lak sangat penat mengajar. Aq yang tak pernah nak jerit-jerit kali ni habis semua kuar. Balik umah sakit tekak and darah tinggi. Aduiyai. Serius letih! Budak2 form 3 ok n kebanyakkan belajar dari sekolah bestari. Cuma perangai je tak bestari. Ishk3. Masa first time masuk mengajar diorang diam. Baik je. Aq pun seronoklah nak mengajar. Aq ajar subject bi, math n geo. Tapi bila dah bagi muka sangat, mulalah diorang tunjuk belang. “ Cikgu ni pendeklah!”. Pendek? Aq panas giler je masa tu. Tinggi aq 160cm walaupun secara reality just 159cm dikatakan pendek? Aish. Kalolah dia g usm, mesti dia kata budak2 usm ketot lak. Aq paling tinggi tau kat usm. Malas nak berlagak je. Mentang-mentang korang tinggi dari aq. Aish! Hamsad, Akif, Haikal, Shafik, Afif, Fahmy antara student yang mulut non-stop. Rindu korang semua.


Form 4 and 5, Hani…student kesayangan aq. Budak pandai. Aq ajar Add math, Math, Physics, and English. Walaupun dah 3 kali tukar mrsm n last skali blajar di sekolah bestari disebabkan tension ngan cara pembelajaran n sakit, aq sangat kagum ngan semangat dia. Kalo dia belajar memang fokus. Sayang anda semua!


Sepanjang jadi teacher, aq dapat belajar balik apa yang aq belajar waktu sekolah rendah n menengah, dapat rasa kepayahan cikgu2 nak layan anak murid, dapat penyakit darah tinggi n paling penting dapat tulis dalam resume. Haha.


Before nak balik jb, aq, wani n kak mas sempat g sirdim. Maen air terjun. Dulu masuk free, sekarang kena bayar 2 ringgit. Tapi oklah coz bersih n takda sampah sarap. Best giler mandi air terjun. Dah bape dekad aq tak mandi air terjun. Heee…Makan nasi goreng wani, aiskrim Malaysia kak mas, air teh wani, n lollipop!


Sekarang aq dah ada kat jb. Sepanjang dok sini, aq sempatlah bermain ngan anak sedara aq yang lagi 2 minggu nak cecah 3 bulan. Cuma hujung minggu dapat main puas2. Hari len, akamalia kena anta kat umah pengasuh. Huhu. Tapi best lak dok sini. Kakna aq ajar aq masak macam-macam. And alhamdulilah selain tau masak nasi goreng jer, aq dah tau masak ayam masak merah, sup ayam, n latest tomyam. Haha bolehlah aq berlagak kat adik2 aq nanti bila balik kuching. Lalalaa…


Sekarang ni aq ngah tunggu surat konvo. Insyaallah bulan 8 ni aq nak grad. Rasa hepi n bersyukur sangat. Pastu puasa. Pastu raya. Pastu keje. Pastu???....


Sharifah Akmalia Azkeyya....muah3...