mrz doubeh
Lagi sebulan je mengira detik bersejarah. Alhamdulilah sebelah aku semuannya selesai kecuali sebelah lelaki. Terlalu sibuk sampai satu benda pun x buat. Jenuh ke hulu hilir cari barang-barang n kedai2 pengantin.
Side aku dah setel cuma tinggal benda-benda kecik jelah. Cadang nak hias doorgift bagi comel-comel. Malangnya jadual masa aku full. So aq buat sedaya yang mampu.

Sebut pasal sticker untuk doorgift ni, asalnya aq nak beli je coz ada je jual kat fb online. Tapi bila tengok sekeping 20sen n doorgift 2.5k dah makan belanja 500ringgit. So aq cadang buat sendiri je. Aq beli kertas putih sticker tu dalam 100pcs sama ngan RM22. Dah boleh print 3k sticker. Then beli ink color ngan hitam (Rm48+RM38=RM86). So total up kos RM 22+ RM 86=RM108. Jimat RM 392. Ekeke. Ikut orang lah sebab ada setengah malas nak buat n trus beli. Kalo nak save tiru cam aku. Ngee. Design sticker xyah buat sendiri pun xpe sebab aku adjust guna web dalam tenet je. Senang giler. Hehe.


mrz doubeh
Alhamdulilah..

Terlalu sibuk keje dan minggu ni baru berpeluang nak adjust masa untuk wedding akan datang x lama g. Lambat g tapi disebabkan parents akan berpindah ke utara semula so kena buat persiapan 2 in 1 serentak. Penat tapi kalo buat cepat should be no problem. Moga dipermudahkan. Aminn..

Setakat ni yang dah setel pelamin. Kali ni ambik dari abg die dari butik Saidie Bridal. SERIOUSLY very d meletopz uolz! Mahal sikit berbanding butik lain tapi bila tengok cara konsep butik abg die iaitu 'One Customer One Design' of course i loike. Konsep n idea very d elegant. Thanx abg die for d design. Nak upload pix lakaran pelamin tapi x jadi sebab risau orang ciplak ciptaan abg die. Hehe

2nd things yang dah setel kad kawin. Kali ni kena minta siap kan secepat mungkin sbb parents skrg kat jb. Hujung bulan nak pndah ke kedah. So nak edar ujung bulan 12 gak n xperlu dorg nak ulang alik jb ke kedah.

Dewan pun dah ditempah. Alhamdulilah dapat dewan yang memenuhi syarat. Xyahlah susah2 nak cari parking kat kenduri aq t. Sewa dewan insaniah sangat berbaloi co cuma 3.9k. Aircond, kerusi banquet dan parking senang. Alhamdulilah.


Doorgift setel dah ptg td. Thanx mama n baba. Susah2 je. Jumpa balang kaca kat ws handicraft penang tp mahal. Sebijik 1.20 untuk tudung yang bunga2. Kalo tudung x bunga 65sen. Kat jb, mama jumpa balang kaca pnutup bunga cuma 60 sen je. So terus rembat. Beli skali paper bag n bekas telur around 1.5k.
Perabot pun dah sampai kat umah ptg td. Memang cantik set bilik tido tu. Thanx to my parents again. Hehe. Bahagianya..





Petang tadi set bilik tidur dah sampai. Cantik sangat. Thanx my luvly parents :).


So skrang tinggal hiv test n urusan  pejabat agama. Moga dpermudahkan. Aminn.







mrz doubeh

Alhamdulilah..

Dah hampir 2 minggu masuk rumah baru. Banyak abes duit kat umah ni. Nak tunggu orang datang perbaik memang lambat so smua bt sendiri je. Mula-mula dapat umah risau gak banyak x benda kena bt. Alhamdulilah xbanyak rosak cuma kotor sikitlh. Maybe orang angkat barang2 nak pindah kuar sebelum ni. Nasib ada adik2 aku n tunang yang tolong bersihkan umah. Seriously aq memang xleh berhabuk or berdebu. Kalo orang kata anda pembersih, aq lagi double bersih. Orang mop lantai tp aq basuh trus umah. Orang cuci kipas guna tangga tp aq cuci buka bilah kipas ke bawah. Orang just buang habuk tingkap tp aq cuci trus tingkap. Orang mop 2 or 3 kali umah tp aq mop 6 kali. Bukan niat buang masa tp memang kebersihan ni aq jaga skit. Cian bakal suami kalo dpt istri cerewet cam aq t. Hmmm..hahahaha

mrz doubeh

Alhamdulilah

Arini ambik cuti sebab ada urusan nak setel. Tapi dapat panggilan tanya samada masuk keje atau x mlm ni. Jangan risau coz aq tetap masuk. Bukan macam certain org yg tetiba EL n tiba2 MC. Aq tetap tunaikan tggungjawab seorang pekerja. Nampak mcm aq cuti lama tp masa raya korang cuti x hingat dunia xpe lak? So salah ke kalo aq cuti lama lak? Omaigod.

Dulu tempat luah d fb tp bl ramai sgt kecoh sbb kata2 xlapik, so blog lah tmpt luahan perasaan. No more stalker. Kot..

Keje pegawai penaksir x semudah yang korang sangka. Bukan 100% perfect tp tulah..kadang2 orang byk melakukan kesalahan. Aq pun salah sorang kena kencing. Stressnya. Banyak forms n keje x lah mcm certain org leh goyang kaki tgk fb n twit2. Aq keje syif 4ptg-12mlm, 8pg-4ptg n 12mlm-8pg. Masuk keje dok tmpt n trus bt keje. Kalo bhenti xbjalan lh lori2 kat airport tu. Tp tulah..ada sesetengah ckp 'pungutlh hasil lebih skit'. Korang xpe sbb opis hour.  Mulut senang je ckp. Depan baik tp d belakang memang ala2 mami jarum gitu. Xpe coz Allah menguji aq. Mungkin ari ni ari aq n mana tau esok lusa hari anda lak. Oh minta djauhkan. Aq syg jabatan aq n akan trus bkhdmat utk negara. Chaiyukk..target tahun ni utk cawangan 12 juta. Moga dpermudahkan. Aminnn

mrz doubeh
Alhamdulilah..semput tgk forms banyak sangat. Blog jarang diupdate. Dalam dok usha fb, baru aq pasan wujud satu group untuk keluarga Haji Idris Al Jarumi. Aq xpernah ambk tau sangat sejarah salah silah keturunan aq sampailah terdetik aq nak tnya pada family via whatapp n fb. 

So aq ambklah serba skit maklumat yang aq dapat dari fb n whatapp:

Senarai Nama Cucu-Cucu Haji Idris + Hajjah Meriam

Haji Idris Bin Abdul Rahman + Hajjah Wan Meriam Binti Haji Wan Abdul Hamid

A) Siti Aminah +Abdul Kadir Bin Abdul Rahman

1) Che Nasrah (Mak Long)
2) Mohd Naim (Pak Ngah)
3) Badriah (Mak Lang)
4) Muhsin (Anjang @ Pak Njang)
5) Che Fatmah (Mak Ndak)
6) Misbah (Ateh @ Mak Teh)
7) Mohd Najib (Acik @Pak Chik)
8) Muhammad Nidzam (Acu @ Pak Su)

B) Siti Asiah @ Aisyah + Yaacob Bin Salleh

1) Fazilah (Mak Long)
2) Pathiyah (Mak Lang)
3) Faizah (Mak Njang)
4) Fasihah (Mak Ndak)
5) Farihan (Mak Teh)
6) Mohd Muaz (Pak Chik)

C) Abdullah @ Muhammad + Hasnah Binti Ali

1) Ahmad Badruddin (Pak Long)
2) Muhammad Habib (Pak Ngah)
3) Muhammad Hafiz (Pak Lang)
4) Muhammad Shihab (Pak Njang)
5) Sabirah (Mak Ndak)
6) Muwaffak Shathir (Pak Teh)
7) Muhammad Sharafi (Pak Chik)
8) Muhammad Fauzan (Pak Su)

D) Balkis + Zainol Bin Embun

1) Mohd Mumtaz (Pak Long)
2) Firdaus (Pak Ngah)
3) Mohd Tasnim (Pak Lang)
4) Azzah Afnan (Mak Njang)
5) Effah Imtiaz (Mak Ndak)
6) Hannah Azra (Mak Teh)
7) Mohd Sabrani (Pak Tam)
8) Mohd Salman (Pak Chik)
9) Maizah Mona (Chu)
10) Mohd Esmat (Pak Uda)

Yang dihighlight kaler merah tu mama aq.

Macam-macam sejarah yang aq baca. Terasa sangat2 kerdil je aq ni sebab aq xckup ilmu n x sealim mereka. Pe2 pun aq syukur sangat coz at least dapat gak tau sanak-sedara aq yang mmg xpernah tgk pun. Smua bz keje n dok jauh. Oh!

Al fatihah untuk Tuan Guru Hj Hamid a.k.a Tok Cu Mit






mrz doubeh
Alhamdulilah..

1st time buat rendang and menjadi. Walaupun x bape sama ngan masakan mama, tapi rasanya sedap. Excited sangat dapat masak rendang. Tak susah pun rupanya. Buat list barang, beli, n masak ikut resipi mama bagi. Tada..

Rasa best sangat dapat buat. Mungkin sebab aq ni xreti masak. Selalu dok masak megi je. Arini offday so aq ambik time ginilah nak blaja masak. Kalo keje memang x sempat maa. Huhu

Resipi Rendang Ayam Mama:

  1. 1 ekor ayam
  2. 3 biji bawang besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci lengkuas
  6. 3 batang serai
  7. 2 sudu makan cili serbuk (boleh juga guna cili kering)
  8. 1 sdm kerisik
  9. 1 keping asam gelugor
  10. 2 biji kelapa amk santan (beli santan dalam kotak pun xpe)
  11. Garam n gula merah/melaka
  12. Daun kunyit
No 1-6 tu blend lah.

  • Panas minyak tumis bahan blend hingga naik minyak
  • Masukan ayam dan biar sebentar
  • Masukkan santan, perasa, kerisik dan daun kunyit.
  • Masak sehingga hampir kering.
Senang kan?
Pasni nak belaja masakan yang len. 

Feeling happy :)



mrz doubeh
Masa mengemas baju, buku n bilik, tetiba ternampak lak kertas agreement masa keje kat Simedarby dl. Teringat betapa gigih aq nak survive sebab walaupun dulu graduate tp x semestinya senang dapat keje. Zaman sekarang even dapat 4 pointer pun x jamin keje ok. Sebab dorang tengok pada keaktifan kte gak. Dari segi cara bercakap, penampilan n personaliti n komited. 

Ni surat resigh..huhu

Aku konvo 14/8/2009. Masa tu umur 22 tahun. Tapi ktorang abes belaja awallh dalam bulan 4. So ada gap 4 bulan before konvo. Time gap tu, aq jadi guru tuisyen kat Kulim ngan member aq si Wani. Lawak lak bl pkir masa tu. Jadi guru tuisyen bukan senang sebab perlukan kekuatan mental and fizikal. Aq masa tu ajaq budak form 4 n 5. Member aq ajar budak sekolah rendah.Cukup 3 bulan plus2, kami berhenti sebab konvo. 

Dalam masa yang sama kami isi satu application masuk ke GEMS (Graduate Employment Management Schemes). Dari situ kami di training cara nak bekeje, grooming, n macam2 lagi. Sangat seronok. Training sambil duit poket masuk. Tak silap aq dapat sebulan 1.5k je kot. Tapi oklah sebab memang tough n fun. Banyak kenal kekawan baru n pengalaman yang best2. Every group kena buat slide n kami menang kategori muzik paling best. Rasa bangga lak sebab aq yang buat slide tu. :) Sekejap je training, trus dorang masukkan under company GLC untuk training betui2. Aq kena masuk kat company MAFC (Malaysia Algriculture Food Company). So dorang divide kumpulan yang mana masuk bahagian mana. Alhamdulilah dapat bos yang best2. En Amin, En Faisal n En Amri...Tq bos. 

Satu aritu, member aq nampak iklan apprentice Simedarby. So ajak aq isi. Aq, wani, sila n lain2. Kami kena interview kat KL n alhamdulilah aq terpilih. Kawan2 aq xdpat. Mungkin rezeki aq. Alhamdulilah. So bermulalah apprentice Simedarby di Genting Highland. OmG! Dasyatnya apprentice yang lain. Speaking pure keju betul. Neves pun neves gak sebab kena fight between them. And again, Alhamdulilah coz pas abes training kami masuk ke Division masing-masing. Aq dapat masuk ke SDEU kat usj.

Bermula sebagai geophysicist trainee di SDEU, fuh sangatlah xbest. Biasalah. Bila xda keje bising n bila da keje merungut. Melayu oh Melayu! Aq dah x ingat pe yang bos aq ajar. Mula2 keje kemain lah. Then bl tau department dah nak tutp rasa macam...oh! camne ni? keje pe aq  nak bt? Semua org dalam department aq terpaksa dbhentikan n diberikan VSS. Semua sebab projek x menjadi. Kalo keje private as permanent gaji, x bape banyak tp untung dari segi xkan dibuang keje tapi kalo keje private yang kontrak, gaji beribu2 tapi senang buang keje kalo x beri komitmen or hasil kat syarikat. Perghh.Takut! So aq ditempatkan kat HR department. Masa tu rasa macam omg bosan nya HR..pe klas keje jd HR. Bdak SPM pun leh jd HR. Hehe.. Tu pemikiran aq masa aq kena keje kat situ. Sebab keje xbape nak banyak sangat. So nak dijadikan rezeki, satu ari da department HR lain yang nak cari employee. So dorang panggil semua trainees untuk di interview. And seminggu pas tu terus dapat jawapan and aq terpilih. Yahooo! Dapat keje. Hehe..

Tugas sebagai HR Executive di department MCHJV Simedarby susah rupanya. Aq ingat dl gaji, department finance yang buat. Rupanya HR. Salary, claim, leave, interview, training, meeting, personal details setiap employee kena tau. Mak aik giler payah. Tapi bila memikirkan gaji yang wow dari MCHJV ni so aq ok je. Hehe. Dalam masa yang sama, aq isi SPA. Berangan nak keje gomen. 
Cakap sal SPA ni, aq terpanggil untuk exam PTD. Aq lulus. So tpggil lagi untuk PAC PTD. Aq lulus lagi. Last stage, interview. Kali ni aq kandas sebab x banyak ilmu pasal Malaysia. Ekeke. Rezeki aq lagi sebab tpanggil untuk exam kastam. Aq lulus. CAC kastam aq lulus n last skali interview, aq lulus. Yaahoo..Terus anta surat resign sebab kena lapor diri awal. So gaji kena potong. Sob3.

Detik bermula sebagai gvmnet servant. Mencabar sebenarnya. Aq masuk kastam. Tapi biasalah, bukan semua orang yang suka dengar kte berjaya. Ada je mulut yang mengumpat. Xpe2 rezeki aq. Aminn. Syukur sangat. Bl dah da keje, dah da kete, dah da umah, mulalah ckp bl nak kawen? Masa tu penin pala gak. Mungkin rezeki aq datang ngan keje dl tp jodoh lambat. Budak batch kastam aq semua dah kawen tapi bl pikir balik dorg kawen pun lambat gak So aq ni kira ok lah gak. Baru 25 tahun 10 bulan. Hehe..

6 Julai 2013, aq akhirnya bertunang. Preparation dah separuh siap. Walaupun wedding day awal tahun depan tapi x bmksud kena bt lat minute. Mana tau tetiba meeting memanjang ke. Tak sempat nak get ready. Kursus kawen, ujian HIV n talsemia x bt lagi. Tggu Mr Tunang ajak jelah. 

Tahun ni xdapat beraya coz kena keje. Family semua raya kat JB. Oh sedih nya. Penat je beli kuih banyak2. Jenuh nak kena makan sorang2. Raya kali ni di opis. Xpelah. Xdapat raya tapi dapat duit raya a.k.a OT. Hehe..Jum ready nak berbuka. Selamat berpuasa n da lagi sejam nak berbuka. Wish selamat berbuka gak uols!




mrz doubeh

Thanks to Rosken sebab kuarkan produk camni. Serius memang best and bagus untuk dry skin. Sebelum ni aq saje2 nak pakai. Almaklumlah keje dalam opis bhawa dingin ni cepat buat kulit kering. Baru sehari pakai cream rosken ni memang nampaklah kulit lembut n lembab. Yang Bio Serum tu aq pakai kat muka sebab dekat idung and dahi kering sangat. Mula-mula risau berminyak sebab before ni pernah pakai Bio Oil n sangat2 oily. Then bila try rosken ni, perghhh best2. Mula2 sapu bminyak, then sminit pastu dah x mnyak sebab dah serap masuk kulit. Banyak g yang bagus pasal Bio Serum ni.  Aq baca kat kertas dlm kotak serum ni untuk nak hilang parut, stretch marks, kulit warna xrata n ageing skin. Memandangkan kulit aq xda masalah, so alhamdulilah.Yang penting kulit x kering lagi. Umur pun dah nak menginjak 26, so memang kena jagalah especially nak kawen dah ni. Heee
mrz doubeh
Pernah tak rasa sakit sangat pinggang? Sebelum ni aq pernah jatuh toilet hampir 6 kali kat umah. Maybe lantai terlalu licin. Tapi kali ke 7 jatuh memang sakit giler n sampai skrang terasa. Siap tunang aq belikan rubber mat nk letak kat toilet. Tq my luv. Nak drive skrg kena letak bantal kat belakang. Nak duduk atas kerusi pun letak bantal. Kira g mana-mana kena usung bantal sebab pinggang sakit. Malam semalam masa nak bangun dari tido, air mata sampai kuar. Sakit sangat. Hanya Allah saja tau kesakitan yang aq rasa. Serius rasa macam menyucuk sampai ke urat. Angin kot kan? Esok nak kena g klinik check. Risau gak. Better cegah dari makin teruk kena. Asyik google cari tips punca n cara nak atasi sakit pinggang. Kalau g klinik selalu doktor cakap suruh rest. Baring memang xrasa pe2 tapi bila bangun, duduk, nak tunduk, bersin..omg!!! sakit weyh.

Antara faktor penyumbang yang aq baca dari http://www.hmetro.com.my/articles/Puncasakitbelakang/Article/ :



1) Obesiti (OMG! gemuk sangat ke aq?)
Cara atasi aq google gak tapi semua tak membantu. Memang kena g pakar kardiologi kot pasni. Huhu.

2) Merokok (mestilah x!)

3) Tekanan (stress keje?)
4) Keadaan fizikal tidak elok  (fizikal cmne tu?)
5) Postur badan yang salah (yup ni aq setuju. Kat opis komputer letak tepi. herot badan aq nak release forms tau!)
6) Posisi tidur tidak elok (Hehe..yeke?)
7)Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur (Ni memang betul. Aq silap beli tilam ler. Keras nak mampuih. Dahlah mahal. Tak berbaloi langsung tilam cmtu..Aish!)





mrz doubeh
Arini buka posa di opis. Alhamdulilah sangat kenyang. Thanx Pn Faz belanja makan. Asalnya nak makan nasi beriyani tp miscommunication terbeli nasi dalca. I love d taste so much!

Neway tengah pikir samada nak cuti raya or tak. Kekawan opis semua pakat dah booked hari nak cuti ni. So aku susah hati sebab ticket flight mahal sangat. Nak drive sendiri rasa tak berbaloi. Penat+Tol+Minyak..Oh No No No! Takkan nak cuti sebelum raya? Uwaa..xmau xmau xmau!

*Conclusion: Raya kat opis lh jawabnya~
mrz doubeh
Alhamdulilah..dah 6 hari jadi tunangan orang. Majlis berjalan ngan lancar. Thanks to my family. Mama n baba yang banyak tolong. Baba yang baru trun dr jb ke penang n mama yang byk sgt2 tlg sepanjang persediaan barangan tuning n majlis. Kakak thanx sponsor pelamin. Dan kakna thanx for d gorgeous dress. Rily luv it!



So, skrg dah nak dekat posa. Aq ucapkan selamat berpuasa pada seluruh umat islam. Moga Ramadhan kali ni lebih bermakna  dan lebihkan amal dan sedekah d bulan Ramadhan yang menjelang tiba x lama lagi.
mrz doubeh
Pejam celik pejam celik, minggu depan dah nak tunang. Petang tadi dah beli coklat untuk letak dalam doorgift. 6 dulang lagi belum cari. Benda pe lah nak isi ni. Tunggu mama datang dari jb sok. So esok barulah nak g cari bunga untuk dulang hantaran, tudung, veil (tudung ngn veil dulu dah beli tp rasa cam x chumel so nak beli len). Huhu. Total up abes duit kat coklat pun dekat 180 gak. No wonderlah member aku kat sime darby gtau kalo nak tunang at least 5k kena ada. Oh stress!


Ada 104 pcs so leh lah letak dalam kotak kecik doorgift aku. 

List untuk esok:
1) Bunga dulang
2) Pasu kecik
3) Bantal kecik
4) Barang-barang hantaran (coklat lain n etc)
5) Tempah kek

Pastu rasanya dah xda pe2 kot. Just kemas rumah and ready untuk minggu depan. Semua kena siapkan arini sebab minggu depan isnin hingga khamis memang pack ngn keje. Cuti kena batal sebab audit. Uwaa..Hopefully kahwin nanti janganlah cuti kena cancel gak. If cancel, nak tukar cawangan kastam yang len. :)


mrz doubeh
Fuhh..terlalu banyak komitmen dengan keje sampai preparation aku sendiri tak terbuat. Sori menyusahkan keluarga aku. 13 hari lagi dah nak mula majlis. So preparation aku cuma 20% saja. Aigo. Kalo keje frontline ni nak minta cuti susah. Kena cari orang n tak leh bagi OT. Kalaulah dapat kastam cawangan selain import ngan eksport kan best.

Neway costing untuk barang kali ni agak banyak gak. Tanya member dorang beli dalam budget 200 je. tapi aq dah tersasar. Maybe tak sempat nak mengusha n masa terlalu-lalu padat. Serius memang kesihatan sendiri pun tak terjaga. Hari-hari sakit pinggang mengadap forms yang bertimbun. Kilang-kilang pun time nak posa lah dorang import barang banyak-banyak. 

So 20% yang aku dah buat.

Polistrene yang di balut ngan kain satin.


Dulang hantaran


Manik untuk dulang.


Kotak doorgift sebungkus ada 25pcs so aq beli 2 bungkuslah=100pcs.


Test makeup pun dah booked. Sebelum booking, aq dah test makeup kat 4 tempat n last sekali jumpa yang ok kat area Alor Setar Mall. Total habes dekat test makeup pun dah cecah (RM 80 + RM 60 + RM 70 + RM120). And last skali ambik kat satu kedai je. Masa test makeup kat kedai tu cuma RM 80 and makeup asal RM 190. Mana tak nya, semua makeup giler vogue n terlalu gothic. Aq nak simple n nampak skit natural. Serius area alor setar memang mahal untuk makeup. Kalo kat jitra cuma Rm 70-80 je. Alor Setar lak between RM 160-250. Omg omg omg. Makeup je pun. Kalo aku terror makeup, dah lama aku makeup sendiri. Huhu. So total abes kat makeup saja dah RM600. Sighh..

Ni costing untuk barang aq beli terus kat WS. Malas g survey. Busy keje.


Done 20%.

Baju tunang (2 baju) di sponsor oleh kakna. Total dua-dua baju pun dah cecah ratusan. Nasib dapat kakak yang kaya. Untung. Hehe.

Makeup kakak sulung aq sponsor kecuali test makeup tu duit poket sendiri ler. 

Benda yang tak dibuat lagi:
-Kek tunang
-Segala jenis barang tunang (buah, coklat, n etc)
- Barang nak letak dalam doorgift
-Tudung n veil lum cari g 

Rasanya ni je kot. Tunggu mama datang untuk pelamin lak. 

Julai ni kena audit lak. Memang panda bear lah mata aq time tunang t. Pas majlis tunang kena rushing masuk keje. Haha. Giler teruk tak keje aku? Huhu

Moga dipermudahkan segala kerja..aminn

Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh
Usha

Since 2008 aq ari ari2 update blog tp sejak bergelar penjawat awam, benda2 menaip ni jd slow. Tak cukup masa. Usha balik semua yang aq tulis dari 2008...weee..sangat kelakar wei. Macam2 even benda simple pun aq update. Tiba2 rasa nak buat cmtu balik. Haha. Dah macam diari pun ada. 

Esok ntah camne tiba2 ada meeting lak kat kompleks. Malasnya menghadirkan diri. Oh! Surat suka bagi last2 minute. Memang fesyen lagu tu kot. Offday tp datang keje. Kena claim cuti laju2 before bos baru masuk. 

Semakin ari semakin dewasa n umo makin meningkat n bukan menurun. Arghh..xsukanya. rasa nak kembali zaman sekolah dulu. 

Nanti update len. Nak kena g seberang lak..aigo~
Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh
Alhamdulilah..

Syukur sangat. Diberikan insentif kerana berjaya pungut hasil. So pasni frontline cam aku kena berusaha lebih gigih kat kawasan port yer. Aduyai. Bukan senang tapi insyaallah kami cuba melakukan sebaik mungkin. Hopefully GST cepat dilaksanakan supaya kebocoran hasil dapat dikurangkan.

Balik keje pagi memeningkan kepala. Tido x sedar diri. Keje syif menyukarkan aku nak bergaul dengan member-member coz tyme aku keje dorang cuti n tyme aku cuti, dorang keje. Ni belum kahwin lagi. Kalo dah kahwin, cian hubby.


Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh
Alhamdulilah...

Sabtu lepas baru balik dari Sabah. Permandangan dan kawasan pelancongan sangat menarik. Bagi aku, kalo untuk melawat tempat pelancongan bestlah tapi kalo untuk shopping, aku prefer semenanjung lagi. Harga di Sabah mahal n x updated macam di semenanjung. Mungkin yang menarik cuma pearl, swarovski, n kuih cincin je kot.

Sepanjang seminggu cuti disana (sebab kursus yer), sempatlah kami melawat pelbagai tempat menarik. Antaranya Dairy Farm, Kundasang, Pasar Philipines, Crocodile Farm, Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Sabah n macam2lah.

Insyaallah ada masa nanti leh lah ajak kekawan lawat sana. Cuma kalo nak lawat kena ambik cuti lamalah. Dari satu tempat ke satu tempat ambik masa berjam-jam. Sayanglah kalo cuti cuma 2 or 3 ari coz nanti x semua tempat leh jalan2. At least seminggu baru berbaloi. Yeay~


Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh

Suddenly the world
seems such a perfect place,
suddenly it moves 
with such a perfect grace, 
suddenly my life 
doesn't seem such a waste, 
it all revolves around you.
Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh



Buku ni dah lama aku beli n ngah baca sikit2 dulu. Sekarang baru berpeluang nak habiskan buku ni. Memang sangat berguna especially kalo ada keraguan yang melibatkan hal solat. Memang buku ni yang aku cari. Paling best buku ni ada gambar yang menarik. Takdalah aku mengantuk sangat nak membaca. Ilmu yang disampaikan pun berguna. Bila pikir balik dari aku beli novel berlonggok2, better beli buku camni. Maklumlah usia makin meningkat tua. Takkan nak tunggu sampai pencen baru nak belajar ilmu agama. Heee.







Buku ni bukan je tulis sal rukun-rukun solat tapi soalan yang kadang-kadang perlukan jawapan. Ni review buku “Mengenai Solat”. Aku cuba cari lagi buku-buku ilmiah yang lain kalo singgah Popular nnti. 



Labels: 0 comments | edit post
mrz doubeh
Alhamdulilah..


Dah masuk tahun baru. Blog makin berhabuk bab jarang mengupdate. Dulu sukalah karang panjang2 then pas keje terus diam sepi je. Ngah keje tengah malam n borang pun x byk, aku ambk ksempatan skitlah mengupdate balik blog aq nie. Seronok lak tgk blog member2 lama dulu. Ada yang dah bertunang, kahwin and dah da baby g. Tahniah uolz. Korang mmg bertuah. Azam baru kali ni harap dapat perbaiki diri sendiri n cuba jadi lebih cemerlang. Fokus untuk tahun ni bukan tunang, kawen or seangkatan tp kerja. Agak kejam sikit bunyi nya. Haha. tapi zaman sekarang memang kerja diutamakan. Jangan terlalu baik sebab selalu yang baik akan tertindas. Pengalaman lalu mengajar aq erti kesabaran, kekuatan dan semangat untuk terus bangun. Insyaallah tahun ni aq akan isi ruang masa yang ada dengan lebih manfaat. 

*Mood senang hati waktu pagi~
Labels: 0 comments | edit post