mrz doubeh
Masa mengemas baju, buku n bilik, tetiba ternampak lak kertas agreement masa keje kat Simedarby dl. Teringat betapa gigih aq nak survive sebab walaupun dulu graduate tp x semestinya senang dapat keje. Zaman sekarang even dapat 4 pointer pun x jamin keje ok. Sebab dorang tengok pada keaktifan kte gak. Dari segi cara bercakap, penampilan n personaliti n komited. 

Ni surat resigh..huhu

Aku konvo 14/8/2009. Masa tu umur 22 tahun. Tapi ktorang abes belaja awallh dalam bulan 4. So ada gap 4 bulan before konvo. Time gap tu, aq jadi guru tuisyen kat Kulim ngan member aq si Wani. Lawak lak bl pkir masa tu. Jadi guru tuisyen bukan senang sebab perlukan kekuatan mental and fizikal. Aq masa tu ajaq budak form 4 n 5. Member aq ajar budak sekolah rendah.Cukup 3 bulan plus2, kami berhenti sebab konvo. 

Dalam masa yang sama kami isi satu application masuk ke GEMS (Graduate Employment Management Schemes). Dari situ kami di training cara nak bekeje, grooming, n macam2 lagi. Sangat seronok. Training sambil duit poket masuk. Tak silap aq dapat sebulan 1.5k je kot. Tapi oklah sebab memang tough n fun. Banyak kenal kekawan baru n pengalaman yang best2. Every group kena buat slide n kami menang kategori muzik paling best. Rasa bangga lak sebab aq yang buat slide tu. :) Sekejap je training, trus dorang masukkan under company GLC untuk training betui2. Aq kena masuk kat company MAFC (Malaysia Algriculture Food Company). So dorang divide kumpulan yang mana masuk bahagian mana. Alhamdulilah dapat bos yang best2. En Amin, En Faisal n En Amri...Tq bos. 

Satu aritu, member aq nampak iklan apprentice Simedarby. So ajak aq isi. Aq, wani, sila n lain2. Kami kena interview kat KL n alhamdulilah aq terpilih. Kawan2 aq xdpat. Mungkin rezeki aq. Alhamdulilah. So bermulalah apprentice Simedarby di Genting Highland. OmG! Dasyatnya apprentice yang lain. Speaking pure keju betul. Neves pun neves gak sebab kena fight between them. And again, Alhamdulilah coz pas abes training kami masuk ke Division masing-masing. Aq dapat masuk ke SDEU kat usj.

Bermula sebagai geophysicist trainee di SDEU, fuh sangatlah xbest. Biasalah. Bila xda keje bising n bila da keje merungut. Melayu oh Melayu! Aq dah x ingat pe yang bos aq ajar. Mula2 keje kemain lah. Then bl tau department dah nak tutp rasa macam...oh! camne ni? keje pe aq  nak bt? Semua org dalam department aq terpaksa dbhentikan n diberikan VSS. Semua sebab projek x menjadi. Kalo keje private as permanent gaji, x bape banyak tp untung dari segi xkan dibuang keje tapi kalo keje private yang kontrak, gaji beribu2 tapi senang buang keje kalo x beri komitmen or hasil kat syarikat. Perghh.Takut! So aq ditempatkan kat HR department. Masa tu rasa macam omg bosan nya HR..pe klas keje jd HR. Bdak SPM pun leh jd HR. Hehe.. Tu pemikiran aq masa aq kena keje kat situ. Sebab keje xbape nak banyak sangat. So nak dijadikan rezeki, satu ari da department HR lain yang nak cari employee. So dorang panggil semua trainees untuk di interview. And seminggu pas tu terus dapat jawapan and aq terpilih. Yahooo! Dapat keje. Hehe..

Tugas sebagai HR Executive di department MCHJV Simedarby susah rupanya. Aq ingat dl gaji, department finance yang buat. Rupanya HR. Salary, claim, leave, interview, training, meeting, personal details setiap employee kena tau. Mak aik giler payah. Tapi bila memikirkan gaji yang wow dari MCHJV ni so aq ok je. Hehe. Dalam masa yang sama, aq isi SPA. Berangan nak keje gomen. 
Cakap sal SPA ni, aq terpanggil untuk exam PTD. Aq lulus. So tpggil lagi untuk PAC PTD. Aq lulus lagi. Last stage, interview. Kali ni aq kandas sebab x banyak ilmu pasal Malaysia. Ekeke. Rezeki aq lagi sebab tpanggil untuk exam kastam. Aq lulus. CAC kastam aq lulus n last skali interview, aq lulus. Yaahoo..Terus anta surat resign sebab kena lapor diri awal. So gaji kena potong. Sob3.

Detik bermula sebagai gvmnet servant. Mencabar sebenarnya. Aq masuk kastam. Tapi biasalah, bukan semua orang yang suka dengar kte berjaya. Ada je mulut yang mengumpat. Xpe2 rezeki aq. Aminn. Syukur sangat. Bl dah da keje, dah da kete, dah da umah, mulalah ckp bl nak kawen? Masa tu penin pala gak. Mungkin rezeki aq datang ngan keje dl tp jodoh lambat. Budak batch kastam aq semua dah kawen tapi bl pikir balik dorg kawen pun lambat gak So aq ni kira ok lah gak. Baru 25 tahun 10 bulan. Hehe..

6 Julai 2013, aq akhirnya bertunang. Preparation dah separuh siap. Walaupun wedding day awal tahun depan tapi x bmksud kena bt lat minute. Mana tau tetiba meeting memanjang ke. Tak sempat nak get ready. Kursus kawen, ujian HIV n talsemia x bt lagi. Tggu Mr Tunang ajak jelah. 

Tahun ni xdapat beraya coz kena keje. Family semua raya kat JB. Oh sedih nya. Penat je beli kuih banyak2. Jenuh nak kena makan sorang2. Raya kali ni di opis. Xpelah. Xdapat raya tapi dapat duit raya a.k.a OT. Hehe..Jum ready nak berbuka. Selamat berpuasa n da lagi sejam nak berbuka. Wish selamat berbuka gak uols!