mrz doubeh
Alhamdulilah..

1st time buat rendang and menjadi. Walaupun x bape sama ngan masakan mama, tapi rasanya sedap. Excited sangat dapat masak rendang. Tak susah pun rupanya. Buat list barang, beli, n masak ikut resipi mama bagi. Tada..

Rasa best sangat dapat buat. Mungkin sebab aq ni xreti masak. Selalu dok masak megi je. Arini offday so aq ambik time ginilah nak blaja masak. Kalo keje memang x sempat maa. Huhu

Resipi Rendang Ayam Mama:

  1. 1 ekor ayam
  2. 3 biji bawang besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci lengkuas
  6. 3 batang serai
  7. 2 sudu makan cili serbuk (boleh juga guna cili kering)
  8. 1 sdm kerisik
  9. 1 keping asam gelugor
  10. 2 biji kelapa amk santan (beli santan dalam kotak pun xpe)
  11. Garam n gula merah/melaka
  12. Daun kunyit
No 1-6 tu blend lah.

  • Panas minyak tumis bahan blend hingga naik minyak
  • Masukan ayam dan biar sebentar
  • Masukkan santan, perasa, kerisik dan daun kunyit.
  • Masak sehingga hampir kering.
Senang kan?
Pasni nak belaja masakan yang len. 

Feeling happy :)