mrz doubeh
Next destination...Nak kata honeymoon part 2 tak gak, sekadar nak berjalan ke negara orang je. Kami ambik pakej pelancongan dari salah satu agen pelancongan di KL. Dah bayar deposit dari tahun lepas sebelum kahwin lagi, kalo tetiba cancel rugi lak. Persiapan nak g sana semua dah lengkap. Kebetulan musim sana dah nak masuk musim bunga. Tak perlu lah nak bawa baju tebal-tebal. Sekadar sweater or jacket je.

Pakej ni selama 7 hari 5 malam. Kami bertolak 27 Mac 2014 pagi dari Penang guna Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Muka aq hepi naik 2nd bridge Penang. Otw ke KL

Sampai tengahari, kami singgah umah kawan hubby di Kajang. Then kete tinggal kat member n member hubby hantar kami ke airport LCCT. Kami kena jumpa pukul 4 petang di LCCT and tour leader help us check in luggages. Kami departed by airasia to Beijing at 6.40pm.

Sementara tunggu panggilan masuk, kami minum air dulu sebab LCCT ni panas giler. X macam KLIA ngan Penang Airport. Serabut aq tengok ramai orang. Dah nama pun penerbangan murah so terpaksalah tahan. Huhu..


Pakej kami ambik dah termasuk sekali makan. Geng-geng yang join trip yang sama takda makanan. Sebab pakej yang diambik berbeza. So kalo korang ambik pakej pelancongan, make sure ambik sekali makanan terus. Takdalah korang tahan lapar dalam flight selama 6 jam lebih melainkan korang bawa siap2 makanan dalam beg. Airasia ke China tak bape strict sangat. Orang bawa macam2 makanan  dalam flight pun dorang buat tak tahu. 

Perjalanan ambik masa lebih kurang 6jam lebih. Pukul 1.15 pagi kami selamat mendarat di Beijing. Sampai di sana kami tunggu agen China as our tour guide yang pandai berbahasa Indonesia, Xie Xie. We olz terus dibawa ke hotel Beijing Taishun  Business Hotel kononya 4 star tapi tak bape nak star sangat sebab hotel ni tak tukar towel n bedsheet. Yuck! Kami berehat kejap sebab pagi nanti nak jalan2 merata tempat. Itinerary memang dah diberi seminggu sebelum perjalanan ke Beijing. So sila printout pe yang patut okey!

Serba sikit mengenai info-info yang kami dapat:

*INFORMATION FOR BEIJING TRIP 28 MAR – 3 APR 2014 PRAYER TIME

Date SUBUH SYURUQ   ZOHOR      ASAR  MAGHRIB     ISYAK
28-Mar 4:33 6:05 12:20 3:52 6:35 8:01
29-Mar 4:31 6:04 12:20 3:52 6:36 8:03
30-Mar 4:30 6:02 12:20 3:53 6:37 8:04
31-Mar 4:28 6:01 12:19 3:53 6:38 8:05
01-Apr 4:26 5:59 12:19 3:53 6:39 8:06
02-Apr 4:24 5:57 12:19 3:54 6:40 8:07
03-Apr 4:22 5:56 12:18 3:54 6:41 8:09

*WEATHER FORECAST
Day/ Date Highest Temp Lowest Temp
FRI 28/03/2014 20°C 10°C
SAT 29/03/2014 22°C 8°C
SUN 30/03/2014 23°C 11°C
MON 31/03/2014 24°C 11°C
TUE 01/04/2014 21°C 9°C
WED 02/04/2014 22°C 11°C
THU 03/04/2014 17°C 9°C

*CURRENCY RATE
Ringgit Malaysia Chinese Yuen Renminbi
MYR RMB
1 1.8
2 3.6

Day 1

Kami bangun awal dan breakfast kat hotel. Makanan hotel sini tesangatlah tak sedap. Aq makan roti bakar je, tu pun keras giler. Breakfast ala buffet n menu tiap-tiap hari sama. Nasi goreng yang lembik, sayur, soya, telur (paling cepat habis), roti bakar keras, n buah2an. Dah breakfast kami terus berkumpul di lobby. Kami diberitahu mengenai destinasi yang akan dilawati sebentar nanti.

* Summer Palace


Depan pintu masuk Summer Palace. Ticket masuk tak tau bape yuan sebab dah termasuk dalam pakej kami.

With my hubby


Asal nak naik sampan kat belakang tu tapi ramai sangat orang. Melepas (>_<)

Walaupun peristiwa MH370 menghantui tapi aq tengok rakyat dorang ok je. Senyum lagi.



   



Then kami menuju ke Madian Mosque untuk solat Zohor. Masjid sini semua cantik. Tapi kat Beijing, dorang tak dibenar melaungkan azan guna pembesar suara. Syukur aku dilahirkan di Malaysia.


Lepas solat dan makan, kami di bawa ke Silk Factory. Disini jual semua barangan sutera. Dorang ada tunjukkan cara penghasilan sutera. Kalo tengok geli sebab ada ulat tapi bila pakai lembut, sejuk n best. Harga berpatutan cuma design tak bape menarik sangat. Habis seribu lebih gak duit hubby aq. Hoho. Thanx sayang.


 Malam kami dibawa melihat persembahan yang sangat best. Acrobatic Show, tempat orang-orang muda tunjuk bakat persembahan yang unik.


Habis persembahan kami terus dibawa makan malam. Lapar sampai habis pe yang dihidang atas meja. Alhamdulilah.


Day 2

Hari kedua kami kami ke Tian'an Men Square, Forbidden City. Tempat ni luas dan kena kuat berjalan. Masa kami g, terlalu ramai orang. Tour guide minta kami jaga-jaga dengan barang2 yang dibawa sebab risau kalo da pencuri. Pintu dia memang besar gedabak. Orang kata kalo pegang pintu yang da tombol emas tu kemungkinan boleh datang lagi. Haha..yeke? So sila jangan percaya.



 
Tour guide kami Xie Xie yang pakai cap ala2 Maher Zain




Large Stone Carving

Tempat Maharaja bersidang n berhampiran tu tempat dia beradu.



Belakang aq ni batu hidup yang pelik. Atas batu tu tempat maharaja minum petang.



Berjalan banyak sangat so tiba masa nak massage kaki. Kami massage kat sini. Free je cuma kalo dorang tawarkan produk untuk kita beli, sila jangan beli. Mahal melainkan korang giler2 kaya. Suami aku pun kena paksa beli tapi bila tolak, dorang macam marah-marah. Sikap negatif ni yang patut dorang hindarkan kalo nak berbisnes.

 Kami solat zohor di Niujin Mosque.

Kemudian kami dibawa berjalan-jalan area bandar Beijing.

Petang tu,port paling best bagi kaum wanita. Shopping! Bagi aku takda benda sangat nak beli sebab majoriti barang china yang dibawa masuk Malaysia. Just sekadar tengok cara dorang berbisnes. Ada yang jenis memaksa dan ada yang ok. Beli kat sini memang kena kurang sekurang2nya. Dari baju 750 yuan boleh dapat 30 yuan je. Kalo yang tak pandai tawar tu, better xyah beli sini coz ada tempat shopping yang lagi murah untuk shopping. Biasalah tu, kalo datang 1st shopping mall terus nak parap beli. Tunggu je time nak dekat2 nak balik, confirm tour guide bawa tempat murah2. Tour guide ni dorang dapat tips kalo bawa pelancong ke tempat shopping mall. So dorang akan bawa ke shopping mall mahal2 pastu dekat nak balik barulah bawa kte ke tempat murah2. Sabar jelah. Disebabkan tujuan aq nak jalan2 di Beijing, so barang2 aq x bape layan sangat. Untung suami aq untuk kali ni. So ajak dia g minum. Sekali tengok harga hah ambik ko! Mahal giler air fresh orange 25yuan=RM13.90. Tapi berbaloi sebab even kat hotel 5star negara sini pun xkan dapat orange yang pure sedap camni.


After shopping, kami solat di Fayuan Mosque sebelum makan malam. 



Day 3

Hari ketiga, kami di bawa ke Jade Centre. Disini barang-barang jed original dijual. Tak perlu risau pasal scam. Macam-macam bentuk dan design. Bantal dari jed pun untuk pengaliran darah ke kepala. Nak beli tapi harga erkk..Yang murah ada tapi mungkin sebab minat aq lebih pada emas compare dengan jed kot. Hikhik


 


 Dimulut patung Pichu ni ada duit sebab ikut kepercayaan orang china pichu boleh menarik kekayaan. Sebab tu banyak orang sumbat duit dalam tu.



Kemudian, mulalah tempat yang paling aku suka. the Great Wall. Ticket diberikan pada orang terakhir dalam trip aku dan insan bertuah adalah suamiku. So aku simpan ler tiket sebagai tanda kenang-kenangan.







Lepas ke Great Wall, kami ke restoran untuk santapan lunch. Restoran ni nama Restoran Indie. Disini bukan sahaja restoran tapi tempat shopping sekali. 



 Pasu bawah ni paling besar n paling mahal aq tengok. Berjuta ringgit harga dia. Aq tak sure nape mahal sangat. So sekadar pegang jelh. At least leh gak rasa pasu berjuta2.

Tempat tu kat xingat nama pe. Luarannya seperti yang korang tengok pix ni. Ada kepala naga. Tempat makan, solat dan shopping skali.

Kemudian, kami di bawa ke Pharmseutikal ** xingat nama gak** untuk dengar lagi orang pot pet pot pet. Seriously rasa bosan lak kalo kena masuk kelas dengar orang bercerita. Layan kan je.



Dah abes cite pasal segala jenis ubat farmasi, macam biasa dorang akan jual produk dorang. Aq tengok jelah. Sementara tunggu orang len tengok barang2, aq ajak hubby makan aiskrim. Sini kalo nak makan aiskrim kena tau halal or tak. Nasib aq ada google translate n convert halal jadi bahasa china. Tapi aq tak galakkan kirang beli aiskrim sebab sumpah aiskrim dorang xsedap. Huhu.

After makan malam, kami dibawa ke shopping mall. Sempatlah hubby beli beberapa helai jersi yang dia minat ngan harga paling murah berbanding kat rantau panjang. 


Then merata tempat lg kami g tapi disebabkan kemalasan nak menaip so aq stoplh takat ni. Nak sambung cite len lak. Hehe