mrz doubeh

Alhamdulilah..syukur sangat2 ke hadrat Ilahi..Ya Allah Ya Tuhanku..terima atas kurniaanmu.

Tepat pukul 5.06pm, bayi lelaki seberat 3.12kg berjaya dilahirkan pada 03/03/2015. Putih melepak my baby boy. Ikutkan due date sehari awal tp ter overdue keesokkan harinya. Alhamdulilah syukur n aq dapat merasa kesusahan dan kepahitan melahirkan bayi buat pertama kali dalam sejarah hidup aq. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan terutama sekali suami tercinta Abu Hassan bin Ikhlaq Ahmad. Suamiku seorang yang tabah dan sangat memberi sokongan padaku saat aq di dalam labour room.

Nak dijadikan cerita, masa 02/03/2015 iaitu tarikh due date, aq g follow up di KMC Hospital. Lepas checkup doctor tengok darah aq sangat tinggi. Mungkin pikir bilalah baby nak keluar sampai darah tinggi. So doktor bagi surat admit hospital untuk esok hari.

Keesokkan harinya, aq masuk terus ke wad kecemasan n daftar masuk ke hospital. Masa tu relax je. Jalan pakai suar n laju lak tu ke kaunter pendaftaran. Pilih nak bilik mana n kebetulan yang tinggal 4 bedded je. Alaa..xbestnya. Tapi husband still booking if org yang ambk single room ada yg nak discharge kami nak single room tu.

Then teruslah berjalan g ke lif naik ke tingkat 1. Terus dorang suruh masuk ke labour room. Suami aq kena tunggu luar dulu. So aq pun masuk ngan steady nya. Chewahh.. Masuk je bilik no 2 terus dorang suruh tukar pakaian. Dah tukar pakaian so aq pun baring je atas katil tu sementara tunggu doktor datang. Bila doktor datang n check bukaan baru buka 3cm n doktor kata lambat lg n mungkin petang bersalin. Then doktor pecahkan air ketuban aq n tunjuk baby dah berak dalam perut. Omg. Neves sebab aq pernah baca artikel kalo baby beranak dalam perut biasanya czer. Doktor pun tunjukkan taik baby tu kat aq. Then doktor kuar n jumpa husband n cerita benda yang sama. Doktor kata dia kalo leh nak bagi deliver normal. Alhamdulilah syukur..

Masuk labour room dalam kul 8pg. So sementara nak tunggu ada contraction, si suami dibenarkan masuk menemani isteri. Sembang2 ngan husband kejap n bila start pukul 9pg mulalah aq rasa sakit kat pinggang. Allah sj tahu kesakitan yang aq alami. Sakit sangat2. Tepat kul 12pm lak kesakitan melampau-lampau. Selang 5 minit sekali husband akan tolong urutkan pinggang aq. Kesian husband. Berdiri dr start aq msk labour room smpai aq deliver dia setia berdiri tunggu aq. Memang ada kerusi tp dia xnak duduk sbb sama2 neves. Badan aq ke kiri ke kanan x senang duduk sebab rasa mcm xda pinggang je. Alhamdulilah akhirnya semuanya selamat.

Pengalaman bersalin kali pertama membuatkan aq rs kagum especially kat mama aq sendiri. Thanx to suami coz sentiasa ada disisi dr awal hinggalh akhir.

mrz doubeh

Dah masuk 40 minggu 1 hari. Tapi bayi belum keluar. Orang kata makin dekat nak due bayi akan kurang aktif. Lain pula dengan bayi aq. Dah due pun sangat2 aktif. Takda tanda-tanda nak bersalin pun lagi. Cuaknya. Esok nk kena g hospital KMC check. Baby..cepatlh keluar syg. Ibu x sabar nk tgk muka baby. Krek2..counting d days. Moga dipermudahkan..