mrz doubeh


Alhamdulilah syukur sangat2. Orang kata rezeki anak. Tahun lepas dapat Pegawai Tiru Macam Saya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tahun ni kenaikan pangkat. Thanks to Allah berkat doa mama n baba juga. InsyaAllah akan buat yang terbaik. Mudah-mudahan dikurniakan rezeki berlimpah ruah. Aminn.
mrz doubeh
Semalam tea time try p kat SR. Lama xmkan durian cheese lepas kes jakim tarik sijil halal tu. My baby lak keje nk ngunyah je tgk makanan. Tggu ek syg. Besar nanti mama suapkan.

My handsome boys. Hubby n baby..hehe


mrz doubeh
Next JJCM..Spring's Leaf Cafe Sungai Petani. Tempat ni walaupun da aircond tp aircond rosak. Pakai kipas je. Ishk2. Aq cuma order hot chocolate n mocha. Tapi x ambk pix sbb air tu xda barista yang boleh ukir air jd macam2 corak. Then aq pesan nachos. Tp agak mengecewakan bila pesan tetiba dapat french fries. Terkebil2 aq tgk. Nachos ke ni? So panggillah adik tu n tnya. Akak rasa mcm french fries je nachos ni. Ke nachos tu mmg french fries? Then budak tu tgk order balik n mohon maaf sebab dia tersalah. So dia bagi free makan french fries tu. 

Ni lah nachos yang dikatakan sedap. Mmg sedap pun. 10/10 aq bagi. Nyum3.

Macam biasa gambar kami bertiga anak beranak. Hehe

mrz doubeh
Just sharing pasal cafe yang aq try area kedah. Le' Medinna Patisserie terletak di Aman Central, Kedah.  Sebelum ni terletak kat Jalan Stadium. Saje je try makan kat cafe ni sebab nampak cantik plus dorang baru je launch 16 Oktober ritu. Kebetulan aq g 17 Oktober, bersamaan hari lahirku. Santai n lepak2 kejap kat cafe ni. Nak try dessert tp disebabkan aq masih belum boleh makan/minum benda berais so lupakan jelah. Huhu.

Makanan bagi aq 7/10. Minuman je yang best!

Kek coklat atas ni mmg sdap tp mahal skit compare SR.

Pasta x sedap. Erkk..

Hot chocolate sedap sgt

Coffee latte pun ok.

Nah gambar kami bertiga. 

Overall harga makan/minum around RM49++ termasuk GST walaupun tax invoice xda n tulis kt kertas ala2 kedai runcit je. Hopefully dah kutip GST tu sila bayar balik pada kerajaan yer sebab uolz punggut dari kami. Jangan masuk tabung sendiri lak naa. Hehe (^_^)